Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat membaca isi kandungan didalam blog ini. Ada sebahagian dari kita sudah tidak mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital. Anda pula, sedang asyik menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca laman web ini dengan harapan untuk mendapat sedikit ilmu dan pengetahuan berkenaan kepentingan takaful kepada anda sekeluarga
eTiQa Takaful merupakan nama baru bagi Takaful Nasional Sdn Bhd. Weblog ini menyediakan satu panduan mudah bagaimana untuk memahami konsep & kepentingan pengurusan kewangan yang sistematik dan efektif melalui sistem takaful kepada anda dan keluarga.
Takaful vs Insurans Konvensional
Perbandingan Takaful & Insurans | |
Takaful | Insurans |
Pematuhan kpd Hukum Syarak | Tidak mematuhi hukum Syarak |
Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru‘ , mudharabah dan wakalah | Kontrak urusniagaberdasarkan akad jual beli |
Pengendali takaful merupakan pengurus tabung & tidak memberi jaminan kepada peserta. | Syarikat insurans merupakan pemilik tabung & menjadi penjamin kpd peserta. |
Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru’. | Syarikat menjamin peserta berdasarkan kpd faktor-faktor komersial. |
Bebas daripada riba, gharar dan maisir. | banyak unsur-unsur riba , gharar dan maisir |
Adanya Majlis Pengawasan Syariah. | Tiada Majlis Pengawasan Syariah. |
Keuntungan akan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kpd Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan. | Keuntungan diagih mengikut keputusan Syarikat. |
Apa itu Takaful??
Menurut Akta Takaful 1984 Takaful bererti satu skim yang berasaskan persaudaraan,perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta bersetuju utk memberi sumbangan bagi maksud itu
Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”.
Tahukah anda pada 15 Jun 1972,Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dlm persidangan yang kelima telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans adalah suatu muamalat yang fasik(yakni rosak/tidak sah dan tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana mengandungi unsur-unsur Gharar(ketidakpastian), maisir(judi), dan riba.
Marilah sama-sama beralih kepada sistem Takaful yang mengikut syariat Islam..
Anda masih ada masa untuk membuat suatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan serendah RM50.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda jatuh miskin jauh sekali menjadi papa kedana.
Adakah dengan menyumbang RM50.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh muflis, miskin atau merempat? Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.
Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Berjuta orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikr bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung.
Dengan RM50.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.
Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda buat untuk servival ekonomi orang orang Melayu Islam. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.
Contoh:
Si ibu memiliki perlindungan Takaful Keluarga bernilai RM30,000.00 dan memiliki 4 orang anak. Secara purta anak anak beliau hanya akan menerima RM7,500.00 setiap seorang jika beliau meninggal dunia. Apa yang boleh anak anak anda lakukan dengan wang sejumlah itu?
Kita orang orang Melayu sepatutnya memiliki perlindungan Takaful Keluarga paling minima RM100,000.00 setiap orang. Bukan mencari jalan untuk membuat sumbangan secara minima RM10.00 ke RM20.00 setiap bulan.
Ingat!!! anda masih ada masa, masih ada peluang dan masih ada kesempatan untuk mengubah ekonomi keluarga anda. Dengan menambah sumbangan tidak akan menyebabkan anda miskin atau merempat. Sedangkan orang lain boleh memiliki 3 ke 4 polisi Insuran apakah kita hanya layak dengan 1 sijil takaful yang bernilai RM20.00 sebulan?
Ramai dari anda tidak selesa berbicara soal hidup dan mati. Walaupun anda tahu anda boleh meninggal hari ini. Andai kata anda meninggal sesudah anda membaca isi kandungan didalam laman web ini. Apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Ada sebahagian dari anda lansung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. Adakah itu yang akan anda tinggalkan buat isteri tercinta dan anak anak tersayang? Fikir fikirkan…
RM100,000 dalam masa 83 tahun atau dalam masa 1 malam. Fikir fikirkan…
Jika anda ingin menyimpan sebanyak RM100,000.00 dan anda hanya mampu menyimpan RM100.00 sebulan. Anda perlu mengambil masa selama 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Tetapi, jika anda membuka akaun perlindungan takaful, ianya tersedia dalam masa 1 malam tanpa menunggu 83 tahun.