Wednesday, October 27, 2010

PELAN SARJANA

Tabung pendidikan kanak kanak beserta perlindungan yang konprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang. Pelan ini ditawarkan kepada anak yang berumur 14 hari hingga 17 tahun.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat apabila peserta berumur 13 tahun hingga 25 tahun mengikut tempoh kontrak yang dipilih. Pelan ini juga menawarkan pelbagai manfaat yang menarik untuk menjamin masa depan pendidikan anak anda sekiranya berlaku perkara perkara yang tidak diingini.

Manfaat khas

  1. Manfaat matang ( Pulangan Akaun peserta + Mudharabah )
  2. Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  3. Manfaat kematian
  4. Pendahuluan pendidikan
  5. Anugerah intelek

Ciri ciri pelan

  • Ketika kontrak matang, kesemua jumlah Akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta beserta mudharabah akan dibayar
  • Pelan ini menyediakan pendahuluan pendidikan tiga tahun sebelum tempoh matang
  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh, keseluruhanjumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar
  • Terdapat peruntukan bukan luhcut hak melalui sumbangan automatik
  • Tiada lien Juvana

Peraturan pengunderaitan

Had umur layak menyertai

14 hari hingga 17 tahun

Tempoh kontrak

5 tahun hingga 25 tahun

Umur matang

13 tahun hingga 25 tahun ( pilihan )

Sumbangan minimum

RM600 setahun ( pelan asas + tabungan tambahan TOP-UP )

Perlindungan minima

RM10,000.00

Jumlah perlindungan keseluruhan untuk Juvana terhad sehingga RM250,000.00 sahaja ( Pelan asas + Rider bertempoh )

Pembayan manfaat

1. Manfaat matang

Jumlah Akaun peserta terkumpul

+ Mudharabah Akaun Peserta terkumpul

+ Lebihan dari Akaun Khas Peserta

2. Manfaat Keilatan kekal dan menyeluruh

Tahun pertama

20% dari Amaun perlindungan

+ Jumlah Akaun Peserta terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun Peserta

Tahun kedua

40% dari Amaun perlindungan

Tahun ketiga

40% dari Amaun perlindungan

3. Manfaat kematian

Jumlah Amaun Perlindungan

+ Jumlah Akaun peserta terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun peserta

4. pendahuluan pendidikan

Pendahuluan pendidikan

  • Sebahagian dari jumlah akaun peserta ( 80% )
  • 3 tahun sebelum sijil matang

Pelan ini merupakan pendidikan yang menepati kehendak warganegara Malaysia

Anugerah intelek:

Jika anak anak anda memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan berikut. Etiqa Takaful Berhad akan mengurniakan

Peringkat Kelulusan Anugerah

  • UPSR 5A RM500
  • PMR 8A RM750
  • SPM 8A RM1000
  • STPM 5A RM1000

Kelebihan pelan ini

Manfaat pembayar

Skop perlindungan

  • Sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh. Sumbangan bulanan akan dilunaskan sehingga sijil matang atau sehingga umur anak mencapai 20 tahun ( mana yang terdahulu )

Manfaat Pendapatan keluarga

Skop perlindungan

  • Membayar pendapatan tahunan untuk keluarga sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh.
  • Jumlah perlindungan ( tuntutan ) akan dibayar secara setara ( sama rata ) bagi baki tempoh kontrak tersebut

Siapa yang boleh menyertai:

  1. Terbuka kepada kanak kanak yang berusia 14 hari hingga 17 tahun
  2. Sumbangan minima RM50.00 sebulan

No comments:

Post a Comment