Sunday, November 7, 2010

TABUNG PENDIDIKAN

SIMPANAN UTK MASA DEPAN ANAK KITA


Renunglah wajah mulus anak anak anda - Masa Depan yang bagaimana ingin anda sediakan untuknya?

Tabung Pendidikan penting????

Pendidikan yang sempurna merupakan hadiah YANG TIDAK TERNILAI yang seorang ibu atau bapa boleh berikan kepada anak-anaknya. Bukan sahaja ia akan membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan serta masa depan yang cerah, pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh meningkat kebijaksanaan dan membuka minda anak anda kepada pelbagai idea baru.

Tetapi tahukah anda - pada hari ini, hanya *3% dari pelajar lepasan menengah yang berjaya ke IPT Awam? Bagaimana dengan nasib baki 97% pelajar tersebut?

Melanjutkan pelajaran ke luar negeri atau di IPT Swasta boleh dijadikan jalan alternatif, tetapi tahukah anda, kos pengajian di IPT Swasta atau di Luar Negara amat tinggi? Setiap tahun, ramai pelajar yang menitiskan airmata kerana hasrat dan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran di institusi pilihan mereka tidak kesampaian. Ibubapa pula akan merasa bersalah yang teramat sangat kerana cuai dan gagal menyediakan kos untuk kemasukan anak anak ke IPTA. Bukan itu saja. Ramai ibu bapa lain pula terpaksa meminjam dari pelbagai institusi kewangan yang mengenakan faedah tinggi. Dan yang paling teruk sekali, terdapat sebilangan pelajar IPT yang melacurkan diri mereka, semata-mata untuk mendapatkan wang ringgit bagi menampung kos kehidupan mereka di kampus. Inikah masa depan yang anda inginkan untuk anak-anak anda?

Mengapa ini berlaku? Jawapannya amat mudah - mereka ambil sikap tidak apa - biasiswa ada, pinjaman ada, ! Tahukah anda bahawa Kos Pendidikan IPS Swasta yang berjumlah RM 70,000 hari ini, akan menjadi RM ^170,000 pada 18 tahun akan datang? Di sinilah yang ramai orang tidak sedar, betapa pentingnya untuk memulakan simpanan pendidikan anak-anak dari sekarang!

*Sumber : Education Guide Malaysia Edisi Ke-4

^ Jumlah selepas kadar inflasi 5% mengikut trend kenaikan kos pendidikan di Malaysia. ( KADAR INFLASI AKAN MENINGKAT SETIAP TAHUN )

BAGAIMANA?????

Langkah 1

Tentukan jenis pendidikan yang ingin anda sediakan untuk anak anda, samada di IPT Awam, Swasta, Program berkembar mahupun ke Luar Negara.

Langkah 2

Tentukan jumlah simpanan yang perlu dibuat untuk anda mencapai matlamat anda. Anda perlu mengambil faktor seperti tempoh sebelum anak memulakan pengajian ke IPT, kadar inflasi kos pendidikan (sekitar 5% setahun) dan mencari jumlah kos pendidikan pada suatu masa akan datang.

Langkah 3

Setelah mengetahui jumlah yang perlu anda simpan, anda boleh mempertimbangkan pelbagai PELAN TABUNGAN PENDIDIKAN ETIQA:-

Simpanan di dalam ETIQA TAKAFUL

Untuk menyediakan Tabung Pendidikan yang lengkap, anda boleh menyimpan sebahagian duit anda di dalam Insurans Pendidikan dan melabur sebahagian lagi di dalam Pelaburan Saham Amanah / Unit Trust. Dengan ini, bukan sahaja simpanan anda dapat melindungi kebajikan dan masa depan anak anda dan memberi pelepasan cukai pendapatan, malahan risiko pelaburan dapat dipelbagai dengan dana pelaburan yang lebih produktif.

SIMPANAN DI ETIQA TAKAFUL PELAN SARJANA ( mulakan dengan bulanan rm150+ )

Simpanan yang anda buat hari ini, akan menentukan masa depan anak anda .

No comments:

Post a Comment